Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu / malique ft ariz - salut

salut bro~ hehe


lirik lagu 'Salut'

ySalut
yo aku ranking nombor satu, tak perlu berburu
gadis kenal nama, datang pusu pusu
yang ada halkum, walaupun cemburu
bila jumpa kita mereka salut
kutoleh kekanan mereka salut
kutoleh ke kiri mereka salut
depan dan belakang mereka salut
bila jumpa aku semua orang salut
verse 1 (malique)
jangan panggil aku bro, panggil aku pro
tolong buang senyum sila salut komando
duo atau solo, laju ataupun slow
subjek dan predikatku kombo akal dan telor
nyala balik mancis, mantera belum habis
sambung ackap dengan jin macam tamar jalis
testosterone testarossaku dipanggil
untuk sapu rapper lembut berestrogen kancil hamil
psikotik, skizofrenik, persisnya autistik
gnostic, dia sungguh mistik bila berlinguistik
walau narcissistic, dia artistik dan tulus
qarma, mista malique kapla kultus pulus
satu untuk bass, dua untuk treble
tiga untuk duit buat dengan muzik rebel
jangan tunjuk ajar aku tak akan setuju
sudah hidup cukup lama sudah tau arah tuju
aku ranking nombor satu, salut.
chorus
verse 2 (ariz)
salut sama jeneral dan orang kanannya
malique-ariz macam castro-guevara
jangan lari tapi tabik kalau gerun
lagi bagus kalau tunduk macam askar jepun
lepas tabik hormat jangan jeling jangan pandang
jangan nak biadap kang kusumbat dalam kandang
tiada yang berani mahu cuba langgar pantang
kerna qarma kan sentiasa yang terbaik dari ladang
ranking nombor satu nah siapa mau pangkah?
siapa mau sanggah, siapa mau langkah?
makin hari pengikutku bertambah
pandapat kau bercanggah, pendapatanku bercambah
yeah, peduli pancaroba
semangat berkobar? nah. rapku bernarkoba
jangan tunjuk ajar aku tak akan setuju
sudah hidup suku abad sudah tau arah tuju
chorus
verse 3 (malique)
mereka suka yang tersirat tak suka yang zahir
banyak mulut tapi tak cukup sirih dan gambir
belum khatam ngaji lagak mahir mahu tafsir
bila tersalah anasir persalahkan ku dan nasir
mereka suka simpla sampai single bunyi jingle
panggil diri bintang aku panggil mereka twinkle (twinkle)
ku eta carinae atau pistol
supernova janji letup sebelum hujung tahun fiskal
4 unit pirelli bantu 8v menujah
belakang 735 senyum kira mulah
hadir asap ungu sama singa dari judah
barulah segala gundah si penggubah lagu punah
gossip persetankan, kualiti pertahankan
kalau jumpa yang kurang cerdik tolong terangkan
lirik malique bukan teks tapi kodeks macam hammurabi
atau nag hammadi jangan kupas mesti carigali



lirik lagu-
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...